Air Mata Ibu Ayah Mengalir, Jadi Saksi Anak Berjaya Bergelar Al-Hafiz Tamat Hafal 30 Juzuk

Al-Quran mengandungi pelbagai cabang ilmu duniawi dan ukhrawi. Ia juga adalah kitab yang mengandungi perintah dan panduan Ilahi kepada manusia sekalian alam. Menghafalnya adalah menjadi impian setiap Muslim.
Oleh kerana itu, ramai para ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat tahfiz untuk mendalami, sekaligus menghafal ayat-ayat suci Allah agar mampu menjadi bekalan di akhirat kelak.

Selesai 30 juzuk, mengalir air mata ibu dan ayah

Seperti yang berlaku di Indonesia, telah diadakan majlis pengijazahan para pelajar tahfiz yang berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran, sambil disaksikan kedua ibu dan bapa.
Berdasarkan video yang dikongsikan, selepas pelajar tahfiz selesai ‘tasmik’ juzuk yang ke-30, ibu bapa yang menyaksikan tidak dapat menahan sebak sehingga mengalir air mata bangga dengan pencapaian anak.
https://www.facebook.com/muhammad.kadok/videos/2491695677595517/
Tersentuh jiwa ibu dan ayah apabila melihat anak mereka mengalunkan ayat al-Quran dan emosi mereka bertambah terharu tatkala anak-anak mereka di usia yang muda, sudah mampu menghafal ayat-ayat suci.
Bertuah sungguh para ibu bapa ini memiliki anak yang merupakan penghafaz Al-Quran, kerana tidak semua orang mampu bergelar Al-Hafiz. Sudah pasti, besar ganjarannya di sisi Allah.