Berbuka Tepi Jalan Tanpa Keluarga, Pengorbanan ‘Frontliner’ Demi Negara

Semalam merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia khususnya di Malaysia menjalankan kewajipan menunaikan ibadah puasa.
Namun, dalam tempoh PKP ini,kebiasaan yang seirng kita lakukan seperti mengunjungi bazar Ramadan dan bersolat terawih di masjid atau surau tidak dapat dilakukan.
Walau bagaimanapun, untuk puasa kali ini, sebahagian besar rakyat Malaysia dapat berbuka puasa bersama keluarga di rumah kerana masing-masing sedia ada berada di kediaman.

Pasukan keselamatan masih setia berkhidmat

Walau bagaimanapun, hal tersebut pastinya berbeza dengan para petugas keselamatan yang terpaksa berbuka di tepi jalan kerana masih setia mengawal lalu lintas berikutan tempoh PKP dilanjutkan.

Tangan suap makanan, mata pandang jalan

Dalam kita gembira makan bersama keluarga di rumah dengan hidangan yang dimasak bersama-sama, mereka menjamah makanan di khemah tepi jalan demi tugas untuk negara.
Ada yang hanya duduk di bahu jalan tanpa meja menikmati juadah berbuka sambil mata awas memadang jalan raya.
Sehubungan dengan itu, kita seharusnya bersyukur diberi nikmat berbuka di rumah kerana ramai lagi insan yang rindu bersama-sama ahli keluarga yang lain untuk menikmati suasana meriah dimeja makan.
Jadi marilah kita terus kekal dirumah agar pendemik Covid-19 dapat diputuskan dan semua kelaziman yang sering kita lakukan akan dapat diteruskan semula.
Sumber : Facebook, Bernama