Jerman & Belanda Kini Benarkan Umat Islam Laung Azan, Tanda Solidariti Hadapi Covid-19

Di Jerman dan Belanda, kira-kira 100 masjid dibenarkan untuk melaungkan laungan azan sebagai tanda solidariti bagi menyuntik semangat umat Islam di tengah-tengah serangan wabak COVID-19.
Berita ini sebenarnyanya agak mengejutkan, kerana sebelum ini azan menggunakan pembesar suara adalah dilarang di Jerman dan Belanda.

Jerman & Belanda benarkan umat Islam laung azan

Namun menerusi laporan ISLAM21C, sejak Jumaat lalu kerajaan di negara itu sudah mula membenarkan azan dilaungkan untuk umat Islam menjalani ibadah solat berkumandang di masjid yang dimilik oleh DITIB Merkez Mosque.
Malah, penduduk Islam dan kristian juga bersatu hati untuk gerakan solidariti ini, bagi menguatkan kembali semangat rakyat yang kini sedang berada dalam tempoh berkurung akibat wabak pandemik Covid-19.

Suntik semangat umat Islam jalani ibadah

Menurut, Fahrettin Alptekin, wakil DITIB di Essen, Jerman, Seruan untuk umat Islam sembahyang boleh didengar di 50 masjid. Azan yang disiarkan melalui pembesar suara biasanya tidak dibenarkan di Jerman kecuali untuk acara-acara khas.
Kini di Belanda, laungan azan disiarkan melalui pembesar suara dibuat secara meluas bagi menggalakkan perpaduan dikalangan masyarakat tempatan bagi menghadapi COVID-19.
Setakat ini, Jerman telah menjadi antara yang negara paling teruk dilanda COVID-19, dengan lebih 100,000 pesakit COVID-19 dengan 2,000 kematian. Manakala Belanda mempunyai lebih 19,000 kes dengan 2,000 kematian telah dicatatkan.


Sumber : ISLAM21C