Keluarga Tak Dibenar Urus Mayat, 2 Doktor Tampil Solatkan Jenazah Pesakit Covid-19

Covid-19 sememangnya sedang meragut banyak nyawa diseluruh dunia. Pendemik ini juga telah menyerang jutaan orang tidak kira bangsa, agama dan juga kedudukan.
Kes kematian turut meningkat setiap hari diserata dunia. Apa yang menyedihkan adalah apabila mayat pesakit Covid-19 ini tidak dapat ditatap kali terakhir oleh ahli keluarga kerana bimbang wabak tersebut menular kepada orang lain.

Jenazah pesakit positif Covid-19

Susulan daripada itu, satu video tular di media sosial dengan memperlihatkan beberapa orang petugas kesihatan sedang mendirikan solat jenazah buat pesakit Covid-19 yang mayatnya sudah diuruskan sebelum dikebumikan.

Solat jenazah secara berjemaah

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan lokasi video tersebut diambil, namun dapat diagak bahawa mereka beragama Islam kerana menyempurnakan fardu kifayah itu.
Tambah perkongsian itu lagi, dua orang individu yang sedang menyolatkan jenazah tersebut adalah doktor yang bertugas melawan Covid-19 dihospital terbabit.
Video itu jelas membayangkan betapa kuatnya rantaian pendemik ini kerana boleh menular kepada sesiapa pun tanpa disedari walaupun individu tersebut sudah meninggal dunia.
Setakat semalam, Amerika Syarikat telah mencatatkan jumlah paling tinggi kes positif Covid-19 dan Itali menjadi negara paling tinggi kes kematian akibat pendemik ini.


Summber : DOAM, KKM