“Kita tiada hak hakimi keikhlasan.” – 4 pendakwah ulas isu Ebit Lew dihentam ‘ustaz’

Sejak beberapa hari lepas, isu mengenai seorang pendakwah terkenal dibidas oleh seorang ustaz lain berkenaan isu memberi sumbangan dan memuat naik gambar-gambar tersebut di media sosial telah tular.
Umum sedia maklum bahawa pendakwah itu telah membantu ramai insan tidak bernasib baik dan membuatkan warganet terinspirasi dengannya. Tindakan mulia yang dilakukan menghadirkan banyak pengajaran kepada orang lain.
Namun, ada pula seorang lagi individu yang dikenali sebagai ‘ustaz’ telah mendakwa bahawa tindakan pendakwah tersebut seakan-akan sengaja membuka aib orang susah.
Oleh sebab itu, empat orang pendakwah disegani negara iaitu Ustaz Izhar Arif, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Haslin Baharim dan Ustaz Syamsul Debat telah mengulas isu tersebut menerusi live Facebook anjuran Koperasi Hartanah Anggun Berhad.
Keempat-empat pendakwah terkenal itu juga telah mengelKeempat-empat pendakwah terkenal itu juga telah mengelKeempat-empat pendakwah terkenal itu juga telah mengeluarkan pendapat berkenaa isu ini dan bersetuju dengan cara pendakwah itu yang mana tidak salah pun untuk menghebahkan bantuan yang diberikan sejajar dengan nawaitu penderma.
Menyentuh secara umum, mereka juga mengakui dengan memaklumkan di media sosial berkenaan sumbangan yang diberikan, ia sedikit sebanyak membuatkan orang lain terinspirasi dan mengambil nilai baik itu untuk melazimi amalan sedekah.
Menurut salah seorang daripada mereka lagi, sebagai manusia, kita bukan juri atau hakim untuk memutuskan ikhkas ataupun tidak sesorang itu dalam memberi bantuan dan tiada hak untuk kita menjatuhkan hukum sesuka hati.
Namun begitu, dalam perbincangan tersebut, nasihat berkenaan tanggapan orang awam mengenai cara kita bersedekah dan menghebahkan juga diberikan agar tidak membuka peluang untuk netizen melemparkan fitnah yang tidak sahih.
Hal ini kerana setiap insan mempunyai pandangan tersendiri dan boleh jadi mereka tidak menggemari cara tersebut digunakan bagi tujuan menyebarkan kebaikkan.
Perbincangan yang bersifat umum daripada keempat-empat pendakwah tersebut sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada kita semua agar tidak menghukum sesiapa yang melakukan kebaikkan dengan cara mereka.
Oleh hal yang demikian, diharap agar tiada salah faham ataupun spekulasi negatif diatas kerja amal yang dilakukan oleh sesiapa jika mereka mendedahkannya kepada tatapan semua.