Malaysia Rekod Kadar Pemulihan Covid-19 Tertinggi Di Dunia
Lebih separuh pesakit yang positif Covid-19 daripada 5,305 kes di negara ini berjaya dirawat dan dipulihkan.
Mereka sudah pun dibenarkan keluar dari hospital, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, kadar pemulihan kes jangkitan koronavirus baru itu adalah 58.5 peratus dan ia merupakan kadar pemulihan tertinggi di seluruh dunia.
Manakala kadar kematian sebanyak 1.7 peratus.
Status terkini #COVID19 di Malaysia, 19 April.
Kes baru 84
Keseluruhan 5,389
Kes aktif 2,103
ICU 46 (26 guna ventilator)
Kematian baru 1 kes
keseluruhan 89 atau 1.65%. #KitaTeguhKitaMenang
8,378 people are talking about this
Terkini #COVID19 di Malaysia, 19 April.
Jumlah kes discaj lebih tinggi berbanding kes baru.
Terkini,lagi pesakit telah sembuh dan discaj menjadikan 3,197 kes atau hampir 60% daripada kes keseluruhan. #KitaTeguhKitaMenang
5,804 people are talking about this
Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.
Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.
Terima kasih KKM!