Pusat Kuarantin Dipasang ‘Cubicles’, Gelandangan Dilayan Penuh Keprihatinan

Sebelum ini, berita-berita tempatan memaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu lebih dari 500 gelandangan dan ditempatkan di dua pusat transit dan empat pusat komuniti sekitar ibu kota ekoran penularan wabak pandemik di Malaysia.
Sepanjang berada di pusat kuarantin, gelandangan ini diberikan tempat tidur termasuk diberi barang keperluan harian dan juga makanan. Malah, gelandangan ini disusun mengikut penjarakan sosial bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku.

Dewan kini penuh dengan cubicles

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, memuat naik video di akaun Twitter miliknya yang memaparkan dewan yang menjadi penempatan sementara gelandangan kini dipenuhi dengan cubicles berwarna oren.
ujuan cubicles ini diberikan kepada gelandangan setiap seorang untuk memastikan keselamatan mereka lebih terjamin berbanding hanya tidur beralaskan tilam tanpa panghadang.
Video Player
00:06
00:39

Ramai yang memuji idea pasang cubicles ini

Idea untuk memasangan cubicles di pusat gelandangan ini sekaligus telah meraih pujian orang ramai terhadap keprihatinan kerajaan kepada gelandangan.

Usaha ini sepatutnya diberi pujian

Terima kasih Tan Sri! Kekalkan kerja yang bagus

Mesti mereka bersyukur tak terkata

Jika dibandingkan dengan negara luar, alangkah bertuahnya rakyat Malaysia yang berada dibawah pucuk kepimpinan yang sangat mementingkan kebajikan rakyat tidak mengira lapisan masyarakat.


Sumber: Twitter.