Tak Boleh Teman Isteri Buat Rawatan, Suami Letak Sepanduk Beri kata Sokongan

Pendemik Covid-19 yang menular ketika ini bukan sahaja menyukarkan pergerakkan seluruh masyarakat dunia, malahan menambah bimbang mereka yang perlukan rawatan susulan akibat sakit kronik yang lain.
Hal ini kerana hospital telah menjadi satu lokasi yang amat menakutkan untuk dikunjungi kerana boleh jadi wabak covid-19 ada dimana-mana.

Tetap teman isteri kimoterapi

Susulan daripada itu, seorang pesakit kanser terpaksa menghadiri kimoterapinya secara berseorangan kerana suami yang biasa menemaninya tidak dibenarkan masuk ekoran pendemik tersebut.
Walau bagaimanapun, suaminya telah mengambil inisiatif dengan membuat satu sepanduk dengan memberikan kata-kata semangat buat isteri tercinta dan setia menemaninya di tepi jalan berhadapan dengan hospital.

Suami tunggu ditepi jalan

Situasi yang dimuat naik itu benar-benar mengundang sebak kerana dapat dilihat betapa setianya suami pesakit kanser terbabit yang tetap menunggunya menjalani kimoterapi walaupun tidak dibenarkan masuk ke dalam hospital.
Melalui tingkap bilik rawatan, pesakit tersebut mengambil gambar suaminya yang tengah khusyuk membaca betul-betul dihadapan bilik dia menjalani kimoterapi.

Sudah ribuan orang mati di AS

Wabak Covid-19 di Amerika Syarikat semenangnya dalam keadaan yang sangat menakutkan kerana kes kematian sahaja sudah mencecah 9,000 setakat semalam.
Bukan itu sahaja, kes positif Covid-19 di negara Uncle Sam itu turut mencanak ke angka lebih dari 300,000 kes.