Walaupun Alami Penyakit Kulit Serius, Tulisan Rapi Ayat Al-Quran Adik Ini Buat Ramai Tersentuh

Walaupun mengalami kekurangan dari segi fizikal, pastinya akan ada kelebihan dari segi lain yang dikurniakan oleh Allah. Itulah keajaiban yang dilalui oleh adik Muhammad Alif Firdaus dimana dia menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa iaitu salah satu penyakit kulit yang serius. Penyakit tersebut membuatkan jari-jemarinya itu tidak terbentuk dengan sempurna di samping keadaan kulitnya yang mengelupas kemerah-merahan.
Namun begitu, ibunya berkongsikan coretan dimana anaknya masih boleh menulis ayat-ayat Al-Quran dengan kemas dan cantik. Memang terbaik!

“WALAUPUN JARI JEMARI TAK SEMPURNA TAPI TULISAN ADIK TETAP CANTIK”

Walaupun jari jemari adik tak sempurna seperti kanak-kanak lain tapi tulisan adik tetap cantik & kemas, kalah abang & kakak..tulisan umi pun takleh secantik tulisan adik tau..kalau ikutkan memang susah adik nak menulis disebabkan jari jemari adik yang dah melekat antara satu sama lain tapi adik tetap semangat..semoga adik sentiasa dibawah lindungan Allah.

Alhamdulillah, dah masuk darjah 3 hero umi dan papa, cepat je masa berlalu. Syukur pada Mu ya Allah, Kau permudahkan segala urusan kami, walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi. Semangat adik yang terlalu kuat kadang-kadang membuatkn umi rasa terharu. Walaupun adik tak macam kanak-kanak lain tapi adik mampu berdikari, tak pernah merungut dan tetap bersemangat untuk mendapatkan ilmu. Umi bangga dengan kekuatan yang Allah berikan pada adik, anugerah yang tak ternilai buat umi dan papa. Semoga tahun baru ni semangat adik bertambah kuat, ceria dan sntiasa tersenyum. Umi papa sayang adik dunia akhirat.

SERONOK BERSEKOLAH

Menurut coretan si ibu ini, anaknya begitu bersemangat untuk menempuhi zaman bersekolah walaupun banyak dugaan oleh orang sekeliling. Bukan itu sahaja, Aliff juga sentiasa ceria dan tidak pernah merungut mengenai keadaan fizikalnya. Ini menjadikan ibu bapa Aliff lebih kuat dan terus memberi sokongan kepadanya.
Bersama rakan-rakan di sekolah.

KEMAS JE TULISAN

Memang kemas tulisan adik Aliff!

*Semoga adik Aliff membesar menjadi anak yang soleh dan kekal rajin menulis ayat-ayat Al-Quran ya!
Sumber : Ruz Dyah