Jaga Penjarakan Sosial & ‘Pakai Mask’, Solat Tarawih Masih Berlangsung Di Palestin

Wabak pandemik COVID-19, sudah tentunya merupakan satu tragedi ngeri buat penduduk dunia. Awal tahun lalu, satu dunia dikejutkan dengan serangan virus COVID-19 yang telah menular di negara China awalnya.
Kini, seluruh negara telah terkesan dan ratus ribu kematian telah direkodkan di dunia akibat seranagan wabak ini. Disebabkan itu, setiap negara kini telah melaksanakan langkah pencegahan seperti berkuarantin, penjarakan sosial dan memastikan semua penduduk memakai penutup mulut semasa berada di tempat awam.
COVID-19 yang menular ini juga turut terkesan buat umat islam apabila bulan Ramadan kali ini tidak seperti sebelum-sebelumnya. Tiada bazaar ramadan dibuka dan lebih menyedihkan kenikmatan solat tarawih berjemaah pada tahun ini tidak dapat dirasai
Namun terdapat satu berita menyatakan bahawa, umat islam di Palestin tetap mengadakan solat Tarawih berjamaah tetapi masih mengekalkan peraturan penjarakan sosial antara jemaah.

Malah, jemaah-jemaah yang menghadiri solat tarawih berkenaan juga dilihat turut memakai penutup mulut dan hidup. Solat tarawih ini dilihat diadakan di sebuah kawasan lapang yang dipercayai merupakan tempat letak kereta.
Buat seluruh umat islam di Malaysia. Patuhilah arahan PKP dan semarakan bulan Ramadan serta berpuasa di rumah masing-masing.
#Stayathome # kitamestimenang


Sumber: Facebook.