Misi Bantuan Ustaz Ebit Sampai Ke Perkampungan India Di Sungkai, Perak.

Seb@k hati di perkampungan India di Sungkai. Saya di bawa oleh ketua kampung disini. Makcik ini kerja sawit. Berapa ringgit jer sehari. Menumpang jer rumah orang ditinggalkan. Rumah ini tiada air dan elektrik. Tiada dinding. Tuan tanah beri jer tumpangkan. Makcik ini tumpang tandas jirannya saudara juga. Tak sangka ada orang susah begini. Dah bertahun-tahun. Kasihan makcik ini.
Seb@k s@yu. Saya ajak pindah rumah sewa baru. Dia nak dekat tempat kerja kutip buah. Saya belum dapat cari rumah betul-betul dekat situ. Saya ada tanya lagi betul-betul dekat situ dan ada cadangan nak tolong buatkan rumah dekat situ. Sed1h rasa.
Doakan yer dapat jalan penyelesaian dan dapat bantu. Bincang dengan ketua kampung tadi. Makcik ini baik sangat. Beri duit belanja dan barang dapur untuk masak.
Part 2
Tadi masa hantar sedikit bekalan makcik ini oku tiada kedua belah kaki. Wheelchair untie ni rosak. Saya terus minta team saya abang aen rahim pergi dapatkan sementara saya ke rumah lain. Tak sampai setengah jam dapat hadiahkan wheelchair baru. Terkejut dan suka makcik ini.
Begitulah rezeki kan. Syukur sangat. Menunaikan hajat saudara yang lain. Senyuman wajah saudara membuat hati rasa syukur sangat. Duit itu bermakna sangat bila dapat digunakan untuk kerja begini
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia