Nora Danish peluk cium al-Quran, sebak dapat khatam malam2 terakhir Ramadan

Mengalir air mata selebriti popular, Nora Danish apabila berjaya khatam al-Quran pada sembilan malam terakhir bulan kemuliaan Ramadan.
Menerusi laman Instagram, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif itu mengakui tidak semudah disangka bagi menjayakan khatam al-Quran apatah lagi dengan jadual kerjaya seni yang agak padat.
Namun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu, selebriti berusia 38 tahun itu mula  tergerak hati bagi mencari semula digital pen al-Quran untuk mengajar anaknya, Putera Rayqal mengaji.
“Ya Allah, syukur alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat khatam pada
9 malam terakhir Ramadan. SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui.
“Nampak mudah khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual yang padat, niat nak khatam bertahun tahun tersekat.
“So nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan, takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadinya saya pula berminat dengan pen digital itu. Jadi saya pula start mengaji,” tulisnya.
Malah pelakon filem Makrifat Cinta itu bersemangat untuk motivasikan diri sendiri selepas melihat rakan artis, Siti Elizad yang berjaya khatam al-Quran dalam tempoh PKP.
“Ditambahkan pula bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah khatam during MCO, lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, U pendorong semangat I.
“Harap post Nora ini  akan pula membuka niat pada mereka yang lain. InsyaAllah sama2 kita kongsi benda yang baik,” katanya.
Berkongsi pengalaman bernilai itu, Nora juga mengakui sukar untuk menghabiskan sehelai muka surat sebelum mencecah 150 muka surat dalam masa sehari sehingga tidak sabar untuk membacanya setiap hari.
“Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susahnya. Lama2 lima muka surat, jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari.
“Sampai rasa tak sabar nak bangun tidur dan mula mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji,” ujarnya.
Sumber : Nora Danish