Setelah dinasihat peguam berhubung kes fitnah khalwat, Ini tindakan mengejutkan Siti Rohayu

Pada saat tubuh suami terlantar sepi di katil tanpa sebarang reaksi dan aktiviti fizikal, hati wanita bernama Siti Rohayu Ibrahim ini tabah mengharungi tempoh getir itu. Tanpa jemu, dia menjaga cinta hatinya itu dengan sebaiknya dan yakin bahawa lelaki berkenaan akan kembali sihat selepas mengalami koma akibat nahas jalan raya beberapa tahun lalu.

Hilang tempat bergantung lepas suami terlibat dalam nahas jalan raya

Bagaimanapun berkat kesabaran, Muhamad Ridhwan Mohd Zaki akhirnya sedar dari ‘lena’ yang panjang. Pun begitu, ingatannya tidak lagi seperti dahulu dan kini terpaksa bergantung sepenuhnya menggunakan kerusi roda. Sejak itu, kisah menyayat hati tentang suami isteri ini mendapat perhatian ramai.
“Aku Tak Mampu Nak Teruskan Lagi..” -Isteri Lelaki OKU Kesal Dituduh Berkhalwat
“Aku Tak Mampu Nak Teruskan Lagi..” -Isteri Lelaki OKU Kesal Dituduh Berkhalwat

Difitnah & ditangkap khalwat ketika suami & anak ada di sisi

Namun sesungguhnya, langit itu tidaklah selalu cerah. Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Facebook sekitar awal pagi tadi, Rohayu mendakwa dirinya telah difitnah dan ditangkap khalwat di rumah bersama keluarga. Tambah wanita yang berusia 30 tahun ini, dia kemudian dibawa ke pejabat agama berdekatan sebelum diikat jamin oleh ibu kandungnya.
“Aku Tak Mampu Nak Teruskan Lagi..” -Isteri Lelaki OKU Kesal Dituduh Berkhalwat
“Aku Tak Mampu Nak Teruskan Lagi..” -Isteri Lelaki OKU Kesal Dituduh Berkhalwat
“Aku Tak Mampu Nak Teruskan Lagi..” -Isteri Lelaki OKU Kesal Dituduh Berkhalwat
“Aku Tak Mampu Nak Teruskan Lagi..” -Isteri Lelaki OKU Kesal Dituduh Berkhalwat

Allah dah beri jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku..

Rohayu mengakui terkilan kerana ada pihak yang sanggup manabur fitnah demi meruntuhkan perkahwinannya. Menganggapnya sebagai ujian di bulan Ramadan, wanita ini akhirnya mengambil keputusan untuk menuntut fasakh dan melepaskan kembali suaminya ke pangkuan mentua.
“Aku Tak Mampu Nak Teruskan Lagi..” -Isteri Lelaki OKU Kesal Dituduh Berkhalwat
Kau conteng Arang dimuka aku, Nak suruh nampak aku ni jahat, nak kami bercerai.. nak ambil aby dari kami, Biarlah..jalan terakhir, Aku akan g tuntut perceraian.. Aku tak nak ada kaitan dengan kalian lagi, kalian boleh datang ambil anak kau… kalian boleh ambik duit bantuan atau duit insuran, bawa lah ke kubur kalian masing2… Sampai macam ni sekali korang buat kami, Silalah datang Ambil lah anak kau balik…….Aku akan putuskan segala2 Nya…Aku akan tunggu dibicarakan, Allah sudah beri jalan penyelesaiannya terbaik buat aku di bulan Ramadhan ni, Akhirnya.. perpisahan yang terakhir 😭
“Aku Tak Mampu Nak Teruskan Lagi..” -Isteri Lelaki OKU Kesal Dituduh Berkhalwat
“Aku Tak Mampu Nak Teruskan Lagi..” -Isteri Lelaki OKU Kesal Dituduh Berkhalwat

Perkongsian Terkini di FB Siti Rohayu

Buat masa sekarang, Arahan pihak lawyer aby dan beberapa orang lawyer mahkamah syariah, mereka nak umy diam buat seketika, supaya mereka dapat membantu membuat kerja mereka, Ada rezeki.. umy akan fight habis habisan demi keluarga dan demi maruah diri, penghinaan itu… kami akan balas, Terima kasih kepada semua netizen dan juga follower umy, andai kalian masih ada pertanyaan dan ada jawapan yang belum dijawab oleh umy, bersabar lah… umy akan jawab 1hari nanti, Dalam FB ni ada benda kita boleh share dan ada juga tidak boleh kongsi secara umum, sejarah silam yang lepas tidak perlu diungkit, siapa kita dimasa lalu tidak penting, yang penting siapa kita dimasa sekarang, sekarang paling penting nak selesaikan Hal ditangkap khalwat itu dulu, Biarkan mereka terus membuka Aib.. sebab mereka sedang membuka aib mereka sendiri, Anak2 umy jangan bersedih, kalian tidak akan terpisah dari umy😭

Sumber: Olahan RJ