Tidur dalam beca depan Hospital, Pakcik Pengayuh beca tiada pendapatan sejak PKP

Perintah Kawalan Pergerakkan yang berlangsung hampir 2 bulan tempoh hari sememangnya memberikan satu tamparan hebat buat sesetengah individu.
Pendemik yang berlaku ini bukan sahaja mengancam kesihatan malahan menjejaskan pendapatan setiap pekerja berikutan sektor ekonomi terpaksa dihentikan.
Susulan daripada itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Iera Misakiey telah berkongsi kisah seorang pengayuh beca yang ditemui berhampiran hospital.
Ketika itu dia ingin baru sahaja mendapatkan rawatan untuk anaknya yang demam dan menyapa seorang pengayuh beca tua tidur di becanya di hadapan hospital.
Menurut pengguna Facebook itu, pakcik tersebut memaklumkan dia tidak mempunyai rumah serta keluarga, jadi dia hanya tidur di kawasan tersebut sepanjang PKP.

Tambahnya lagi, sumber pendapatannya turut terjejas kerana tiada siapa yang ingin menaiki becanya ketika musim PKP. Namun begitu, disebalik tawa hibanya, dia memaklumkan mendapat bantuan daripada kerajaan untuk menampung hidupnya.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet  diruangan komen yang rata-rata berasa sayu melihat keadaan warga emas itu. Walaupun dia tidak meminta-minta, namun pasti terdetik dihati kita untuk menghulurkan bantuan kepadanya ketika ini.
Jadi, sumber telah meninggalkan nombor telefon pengayuh beca tersebut yang dikenali sebagai Pak Cik Daud jika ada yang sudi memberikan sumbangan.