Coretan P1LU Ustazah Asma buat Almarhumah Ustazah Hayati

Innalillhi wainna ilaihiroji’uun انا لله وانا اليه راجعون. SubhanAllah, maha suci Allah.. Dialah Allah ya Muhyi ya Mumit, ya Maalik, yang Memiliki kita semua, Menghidupkan dan Memat1kan. AllahuAkbar, Syukur pada Allah, diberi kesempatan bersama memandi dan mengkaffankan arw4h Ustazah Hayati, kekanda kesayangan Ustazah Hafizah Musa. Satu nikmat yang tidak ternilai boleh melihat ketenangan wajahnya saat akhir.
Sy4hdu sekali suasana di bilik mandi jenaz4h, si Ibu, adik beradik dan anak perempuan semua ada. Bertambah s4yu bila mendengar suara si Ibu mendoakan, mencium anaknya, dan berkata : “Nak, kamu senyum ya..”.
Ketika bertemu dengan Wan (Ibu Arw4h), sambil air mata mengalir wan berkata :, “dia pergi dulu daripada wan ni ustazah, dia anak yang baik..moga jumpa semula di Syurga”. Wan, seorang Ibu tua yang solehah, umur dah lebih 70, tidak terfikir bahawa anak yang pergi dahulu dan menguruskan jenaz4hnya. Memang s4yu hati seorang ibu itu sangat dalam.
Ustazah Hafizah cerita, saat² akhir ustazah Hayati nak pergi, dia sempat mendoakan untuk semua.. ibu ayah, suami, anak menantu, keluarganya, lidahnya bergilir zikrullah dan alQuran. Dan saat hembusan nafas akhir, ibu ayah, anak² adik beradik semuanya ada bersama. Allahu Akbar. Satu pemergian yang sangat indah. Moga Husnul Khaatimah buatmu. Ameen ya Rabb.
Ya Allah, Dikaulah sebaik² saksi atas kebaikan dan keindahan akhlak hambaMu ini. Dia wanita solehah, seorang anak, ibu dan isteri yang istimewa buat keluargaNya. Dia juga sangat disayangi ramai orang kerana sifat keibuannya adalah untuk Semua.
Semoga segala perjuangan, sumbangan dan peng0rbananmu buat Islam, Allah terima sebagai satu amal jaariah. Baktimu tanpa lelah, kesana kesini untuk ummah. Allahu Akbar. Beberapa kali dalam tempoh sak1tnya, kerap saya bermimpi wajah manis senyumannya. Banyak kali beliau hadir dalam mimpi, datang dengan senyuman sangat tenang.
Segar dalam ingatan, saat menziarahinya beberapa hari sebelum masuk hospital, dalam keadaan sedang menahan saki1 yang tidak tertanggung, katanya :”Asma, sak1tnya seperti nak bersalin..”, namun masih digagahkan diri untuk berikan senyuman manis. Begitulah dia.
Dia minta dipeluk, “peluk akak asma’, peluklah..” lalu direbahkan kepalanya bagaikan anak kecil, minta diusap dan perlahan² dia menuturkan kata, tentang Rasulullah, kerinduan pada Nabi, katanya.. “Nabi lagi berat kan ujian Asma’, layak tak ya nak jumpa Nabi..”, saya hanya mampu mengiakan dan mengalirkan air mata.
Dia terus menyambung lagi bercakap tentang sabar, pengampunan Allah, kemat1an dll. Sedikitpun tiada kel0han, bahkan setelah itu dia minta bantu didudukkan untuk menunaikan solat sunat dhuha. Saya cadangkan supaya solat baring, namun dia tetap ingin solat duduk sambil menahan sak1tnya. SubhanAllah, masih tetap menjaga Sunat Dhuhanya.
Seusai solat, dia minta dihulurkan tasbihnya, mula berzikir hingga tertidur dalam menahan sak1t, sambil dipeluk dan diurut² belakang badannya. Aduhai kak yati, itulah pertemuan terakhir kita. Ku cium dahimu sebelum ditinggalkan. Allahu Akbar.. Moga kasih kita bertaut hingga ke Syurga ya kak.
Ustazah Hayati umpama Ibu, kakak, sahabat karib Dunia dan Akhirat. Keperibadian beliau sungguh indah, lembut, tenang menenangkan, senyumannya manis sekali. Saat saya baru mula langkah pertama bekerja di Jabatan Agama, sehingga meletakkan jawatan, Allah taqdirkan kami sentiasa bersama bahkan berkongsi 1 bilik pejabat, hanya kami berdua.
Walau pernah berpisah sekejap kerana bertukar posisi, akhirnya kembali jua kami dalam satu bilik. Seperti belangkas, makan minum, suka duka tawa hiba sama². SubhanAllah..indahnya kenangan tidak dapat dituliskan. Redhailah kasih sayang kami hingga ke SyurgaMu ya Allah…
Ya Allah, ampuni dan rahmatilah hambaMu Norhayati binti Musa ya Allah, terimalah amal solehnya, golongkanlah dia dikalangan hambaMu yang soleh, lapangkan dan jadikanlah quburnya sebagai salah satu Taman SyurgaMu. اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Kredit; Asma’ binti Harun