TERKINI: Murid Tahun 1 Hingga 4 Mula Bersekolah Pada 22 Julai 2020



Pada 22 Julai 2020, Rabu adalah tarikh pembukaan semula sesi persekolahan untuk pelajar sekolah rendah tahun 1 hingga 4 di seluruh negara.

Tarikh pembukaan semula sekolah ini digunapakai oleh semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga perlu mengikut tarikh yang ditetapkan.

Hal ini disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin dalam satu sidang media yang berlangsung pada hari ini.

Jelasnya lagi, untuk pelajar tahun 5 dan 6 adalah perlu datang lebih awal pada tarikh 15 Julai 2020 untuk memastikan pembelajaran dan penyediaan dalam ujian yang bakal dijalankan.


Sumber: Sidang Media Kementerian Pendidikan via Siakapkeli